kartun

kartun

Thursday 9 June 2011

my best friend...

kalau nk cari kawan tuu... biarlahh dia tuu baik n rajinn
jangn nk pilih kawn yg pemalas pulakk..sebab nanti terpengaruhh..
dengan kemalasan diaa..
saya bagitauu ni sebab saya rajin tersilap pilih kawann..
dia selalu menipu,mencuri n banyk lagii..
saya nk kongsi pengalaman saya..dekat sinii...
jadi korang tunggu sajela..
sebab aq pun mls nk tap nihh...nanti tercabut jari kangg
xley nk taippp,
mlm niieee pulakk aq bagitau satu rahsia kat korang semuaa...
pasal my boyy...
=) byee...

Tuesday 19 April 2011

Di dalam dunia ini, tidak ada seorang manusia pun yang diciptakan Tuhan yang tidak memerlukan orang lain. Semua daripada kita membesar sambil bergantung harap kepada orang lain. Bukan saja ibu bapa kita, malah berjuta orang yang kita kenali atau tidak kenali.
Contohnya apabila kita lahir, ada jururawat, ada doktor, ada pengawal keselamatan hospital, ada makcik tukang masak, ada pencuci lantai dan sudah tentu ibu, bapa, makcik, pakcik, tokwan dan nenek kita juga membantu kita dalam mana-mana segi.
Namun apabila kita membesar kita mula untuk berubah dan berfikir bahawa kita sepatutnya 'berdikari' dan tidak bergantung harap kepada orang. Ini betul, tetapi ada hadnya.
Sewaktu saya bertanya kepada salah seorang mentor saya, "Apakah rahsia kejayaan beliau?" Beliau menjawab mudah iaitu, "Beri pertolongan jika kita boleh dan jangan segan untuk terima pertolongan jika ia dapat meningkatkan nilai dalam hidup kita."
Saya agak terkejut kerana dengan memberi pertolongan ini bermakna apa yang kita ada akan berkurangan. Namun teori ini hanya dapat difahami apabila dipraktikkan. alt
dengarlah wahai sahabat-sahabat ku

 
Mungkin semua sedia maklum yang mana Blogger merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google, dan sehingga kini ianya masih membolehkan para pengguna log masuk menggunakan akaun Blogger lama.
Namun, ianya tidak lama lagi, memandangkan kini Google telah pun mengumumkan penghentian sokongan untuk akaun Blogger lama.
Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google.

Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih.
Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut.
Para pengguna yang belum memindahkan akaun mereka ke akaun Google, boleh melakukannya dengan mudah di halaman pertukaran khas di Blogger.
Nampaknya kini Google memberikan penekanan yang serius untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan mereka menggunakan akaun Google.
Sebelum ini, YouTube juga telah mengeluarkan amaran yang lebih kurang serupa, meminta para pengguna YouTube untuk menggunakan akaun Google berbanding akaun YouTube seperti sebelumnya alt